Wednesday, January 18, 2012

~Mencari aku~








Sahabat



Aku juga pernah kehilangan



Kehilangan 'aku'



Terkeliru dalam mengesan aku



Kerana terlalu ramai bayangan 'aku' yang bukan 'aku' menawar diri ingin menjadi aku



Aku juga menjejak, tercungap lelah menjejak aku



Sepertimu, aku juga letih, lesu, hilang daya, kontang upaya



Tertunduk, terduduk, terkedu



Membahasa semua rasa pada manik-manik jernih di pelupuk mata



Kerana yang bernama 'lemah' itu bersifat sementara



Aku bangkit semula



Menumpah semua harap pada DIA merayu bantu mencari aku



Akhirya aku menjumpainya walau belum dapat ku gapai penuh



Aku menarik tangannya perlahan, ku genggam erat,



Kemas, tika mula hendak terlerai, kuperkemas genggaman berkali-kali



Menuntunnya menuju tempat pulang



Lalu kugari diriku padanya kerana perjalanan itu sememangnya melewati belantara dan gurun



Semoga aku tidak lagi kehilangan aku



Hingga kusampai 'tempat pulang'








Sahabat



Sesungguhnya 'engkau' itu dekat pada dirimu, ia tidak hilang



Kerana jejaknya jelas di bawah lapisan debu



Relakan jemarimu menyapu bersih debuan itu



Menyingkap sebuah jejak



Menapak langkah mendapatkan 'engkau'








Sahabat



Sesungguhnya



Yang kita perlu adalah



Sebuah 'kembali'



Kembalilah kepada fitrah



Kembalilah wahai diriku dan dirimu, kembali kepada fitrah..








P/s-Untuk kita wahai 'Sutera Hikmah'