Monday, February 27, 2012

:::fastabiq al-khairaat:::




-Astaghfirullah al 'adziem..bila muhasabah balik terasa macam banyak sangat dosa-dosa sepanjang perjalanan pulang ni. Teringat semula point-point yang dapat ditangkap dalam isi kuliah Ustaz Abdullah Yasin (UAY) semasa kuliahnya minggu lepas, "orang yang berada di dalam qubur juga mendapat rezeki namun jangan kita tanyakan bagaimana bentuk rezeki yang mereka dapat, ianya termasuk dalam perkara ghaib, kita wajib mengimaninya..yang penting adalah kita, berbuatlah bekal untuk kehidupan kita di dalam qubur"..bila beliau menyentuh bab-bab kehidupan di sana seolah-olah terasa 'live', hard to express by words..terasa macam kejap lagi diri ni akan masuk kubur dan terasa begitu lamanya hidup di dalam tanah, dan terasa begitu sunyinya hidup di bawah tanah yang gelap dan tidak berteman dan alangkah ruginya jika diseksa diazab berterusan oleh malaikat yang ditugaskan untuk menyeksa kita atas balasan perbuatan buruk semasa masih bernafas dan berada di atas tanah. Dan alangkah bahagianya jika hidup di bawah tanah itu sebagai rehat berpanjangan diterangi cahaya, tempat rehat yang lapang ditemani oleh amal-amal yang indah yang wallahu a'lam didatangkan oleh Allah dalam bentuk yang bagaimana, indahnya jika ianya merupakan kerehatan daripada keletihan-keletihan dunia..alangkah..




Teringat pula satu kuliah (seperti biasa download di sini ) oleh seorang ustaz daripada indonesia, seseorang muslim yang mendapat husnul khatimah (pengakhiran hidup yang baik) tidak semestinya terlepas daripada azab qubur, azab mahsyar dan azab neraka. Begitu juga yang mendapat suu'ul khatimah (pengakhiran hidup yang buruk) tidak semestinya akan mendapat azab qubur, mahsyar dan neraka. Semuanya rahsia Allah. Dan digabungkan lagi dengan isi kuliah UAY, husnulkhatimah atau suu'ulkhatimah seseorang itu berdasarkan amalan di akhir hayatnya, bukan amalan sebelum-sebelumnya..




Lalu membaca artikel di laman web ini bertajuk 'Angan-angan Mereka Yang Telah Tiada', subhaanallah..fastabiq alkhairat ya nafsiy..dunia ini sungguh ujian, bagaimanapun keadaan diri, berkejarlah dalam membuat perkara-perkara yang membawa bahagia dan bekalan di bawah tanah nanti, dan kehidupan yang panjang selepas itu..selalulah berfikir hidup yang lebih 'hidup' adalah kehidupan selepas hidup yang pendek ini, dunia yang hanya setitis air dari lautan yang luas.



-Dunia


Teringat adik-adik yang merindui kakaknya,aduhai apalah usaha yang telah kulakukan untuk menjadikan kalian qurratu a'yun kepada abah dan mak kalian..


Teringat nyamuk-nyamuk Aedes yang kupelihara di dalam makmal dan kajian yang dilakukan ..semoga ada manfaat dan pahala daripada Allah sehingga kuputuskan untuk tidak lagi memelihara kalian wahai makhluq Allah.. Allahu musta'aan..



Ya Allah, berkatilah umur kami..

Saturday, February 25, 2012

Hujung Minggu

Bismillah wa hamdan lillah

Akhirnya tiba lagi hujung minggu, hari ini duduk rumah, jaga anak dan buat kerja rumah, petangnya bawa anak bersiar di sebuah shopping complex berdekatan rumah, semasa mengukur shopping complex sambil senaman kaki dan tangan (berjalan-jalan sambil mendukung anak..*,*) terjumpa pula pameran kucing, macam-macam jenis, ada yang comel ada yang kurang comel, apapun semuanya ciptaan Allah,,subhaanallah.. Dari jauh sebelum sampai ke tapak pameran terdetik dalam hati, bukankah berjual beli kucing itu tidak dibolehkan oleh Islaam? Setelah pulang lalu mencarilah hukum jual beli kucing. Seperti biasa mencari di yufid.com .

Dari Jabir, beliau berkata,
"Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam melarang hasil daripada penjualan anjing dan kucing" [HR Abu Daud, Tirmidzi dan Ibn Majah]

Dari Abu Azzubair, beliau berkata bahawa beliau pernah menanyakan pada Jabir mengenai hasil penjualan anjing dan kucing. Lalu Jabir mengatakan,
"Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melarang keras hal ini" [HR Muslim]

Ibn Qayyim dalam Zaadul Ma'ad melarang mutlak penjualan kucing.
Namun masih terdapat perselisihan ulama mengenai hukum jualbeli kucing ini, yang berpendapat bolehnya jual beli adalah jika terdapat manfaat pada pembelian kucing tersebut. Selebihnya rajinkan diri klik laman-laman rujukan berikut :
1. Konsultasi Syariah
2. Muslim.or.id
3. Rumaysho.com
4. Pengusaha Muslim1 dan 2
5. Yufid.com

Kita berjalan seiring dengan yang jelas dalam hadith. Wallahu ta'aala a'lam.

Sunday, February 5, 2012

Fa sobrun jameel..

BERSYUKURLAH WAHAI DIRI
CEKALKAN HATI




REDHALAH PADA TAQDIR ALLAH




PASTI ADA HIKMAHNYA




'Alaa kulli hal, alhamdulillah wa alhamdulillah wa alhamdulillah...'









Wednesday, February 1, 2012

Berhalaqah lebih baik :)

Subhaanallah, kali pertama berhalaqah sesama muslimah untuk sesi 2012, sangat best.. bersama kak Ili Ummu 'Abdillah, beliau membincangkan hadith kelima daripada hadith arba'in..

Daripada Ummul Mukminin, Ummu 'Abdillah 'Aisyah radiallahu 'anha katanya : Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ; 'Barangsiapa mengadakan sesuatu yang baru di dalam agama yang bukan darinya adalah tertolak' [HR Bukhari dan Muslim]
' Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu amalan yang tidak daripada perintah kami, maka ia tertolak ' [HR Muslim]

Beliau juga menggunakan kitab Qa'idah Ma'rifatul Bida' menghuraikan ciri-ciri bid'ah dan pembahagiannya. Perbincangannya panjang dan memerlukan beberapa siri halaqah lain berasingan daripada halaqah yang membincangkan hadith arba'in untuk menghabiskannya.

Sebelumnya Kak Ili menceritakan serba sedikit tentang Ummul Mukminin 'Aisyah radiallahu 'anha, subhaanallah, rasa hampir tumpah airmata..teringin sangat mengenali sosok yang sangat dicintai oleh Abul Qoosim sallallahu 'alaihi wasallam itu..ini menumbuhkan satu lagi azam untuk kembara ini ^^

'Alaa kulli hal,alhamdulillah.. banyak kegembiraan diberi oleh Allah..gembira dapat berjumpa dengan akhawat yang dirindui di samping dapat berkenalan dan bersemuka dengan sahabat2 di laman forum maya yg sekian lama ingin dijumpai ;)